Sunday 3 June 2012

Watch your mouth

Kerana mulut,

Silaturahim yang terbina,
Di atas landasan cinta sesama manusia,
Yang dulu utuh,
Kini mampu runtuh,
Dek kata-kata nista,
Yang dulu kukuh,
Kini mampu roboh,
Dek kata-kata dusta.

Kerana mulut,

Kesucian seorang wanita,
Dahulunya terpelihara,
Kini maruahnya mudah dinoda,
Tatkala Sang Jejaka meluahkan kata,
Lisan semanis gula,
Memuji serta memuja Sang Puspa,
Saat itu hati Si Dara mula tergoda,
Dek eulogi Si Teruna,

Kerana mulut,

Negara yang aman,
Bebas dari peperangan,
Kini mampu bersengketa,
Fitnah ditabur merata-rata,
Batu api menghasut amarah membara,
Bagi menentukan siapa yang berkuasa,