Saturday 15 September 2012

Kisah Persahabatan


Diatas takdir Yang Maha Esa
Terjalinnya ukhwah kita
Tanpa diduga,tanpa dipinta
Kini kita telah bersama

Ibarat air yang mengalir indah
Yang dicincang tiada putusnya
Begitulah diibaratkan
Tali persahabatan kita

Sekian lama kita bersama
Ukhwah kita semakin teguh
Walau terpisah berbatu jauhnya
Namun jalinan tetap utuh

Setiap saat dimana jua
Kita berkongsi suka dan lara
Tabah tempuhi onak dan duri
Dalam mengejar impian nan suci

Susah senang sama dirasa
Gurau senda duka tawa
Simpan di hati memori bahagia

Hindarkan persengketaan
Elakkan dari permusuhan
Kerana ianya barah persahabatan

Mantapkan ikatan jalinan
Saluti dengan keimanan
Moga kekal sepanjang zaman

Ayuh rakan dan taulan
Hargai persahabatan
Semoga jalinan kita
Diredhai Tuhan

Ya Allahu Ya Rabbi
Dengarlah rintihan kami
Semoga ukhwah ini
Kekal abadi