Monday 12 March 2012

Hakikatnya

Badang itu gagah...
Kuat itu gajag...

Tapi...
Sesungguhnya..
Orang yang perkasa itu orang yang AMANAH

Kita mampu berlari...
Mampu berlari jauh dari segala benda di sisi...

Tapi...
Sesungguhnya...
Kita tidak mampu lari dari MATI...

Dari kutub Utara ke kutub Selatan jauh jaraknya ...
Timur ke Barat apa kurangnya...

Tapi..
Sesungguhnya..
MASA LALU paling jauh dari kita...

Emas itu amat berharga..
Paling bernilai itu permata..

Tapi...
Sesungguhnya...
Semua itu tidak dapat membeli MASA..

Hakikatnya...
AMANAH itu paling BERAT bagi kita..

Hakikatnya...
MATI itu amat DEKAT untuk kita...

Hakikatnya...
MASA LALU itu sangat JAUH dari kita...

Hakikatnya...
MASA itu terlalu BERHARGA pada kita

~sekadar renungan~

Luahan Hati Remaja

Luahan hati seorang remaja..
Pabila tidak dapat bersua muka..
Teknologi menjadi medium berbicara..

Malam yang sunyi..
Langit yang suram tampak indah..
Pabila disinari cahaya rembulan yang dipagari bintang..

Ketenangan menapak di jiwaku malam ini..
Minda kian tenang..
Jiwa kian lapang..

Namun..
Disebalik sutera ketenangan terdapat secubit kesedihan..
Kesayuan yang bertenggek dihati tidak dapat ku tepis lagi...

Tatkala senyuman mereka ku lihat di laman sosial..
Saat itu jua air mataku hampir berlinangan.....
Bukan kerana tidak gemar melihat mereka gembira..

Tapi...
Masa lalu yang tidak dapat diputar...
Menjengah di minda ku....

Saat suka dan duka....
Saat ria dan tawa...
Tidak pernah luput walau sedetik pun dari memoriku...

Itulah indahnya PERSAHABATAN....

Persahabatan yang disulami IMAN..
Persahabatan yang disaduri KEIKHLASAN..


~2008-2010~








~2011-2012~



















~Kerian Islamic Secondary School (KISS) 08-12~

Pilihlah Syurga atau Neraka...Tapi Bukan Lisan Penentunya

SYURGA..

Satu tempat yang menjadi REBUTAN..
Satu tempat yang penuh KENIKMATAN..

NERAKA..

Satu tempat yang penuh KETAKUTAN..
Satu tempat yang dihiasi 1001 SIKSAAN..

Jadi..
Yang mana menjadi pilihan..??

Bukan LISAN sebagai jawapan..
Tapi AMAL IBADAT sebagai penentuan...

Tali Persahabatan Disaluti Ukhwah Islamiah

Walaupun tembok masa memisahkan kita..
Namun UKHWAH tetap tejalin jua..
Walaupun telah berbeza dunia kita..
Namun khabar berita tetap singgah ditelinga..

Rindu yang membahang dihati tidak dapat dikawal lagi..
Semakin bertambah hari semakin marak jadinya..
Senyuman mereka sering kali bermain di pandanganku..
Suara riang tawa mereka sering kali mengetuk gegendang telingaku..

Tali persahabatan yang tidak pernah reput walaupun ditelan dek zaman...
Begitulah semangat UKHWAH ISLAMIAH menghiasi dunia PERSAHABATAN..

Bukan harta yang diharapkan..
Bukan rupa yang menjadi ukuran..

Tapi..

Bimbingan agar ku menuju ke landasan KEBENARAN...

Ukhwah Itu Kebal

Detik waktu tetap berjalan...
Walau lautan cuba menghadang..
Masa tetap tidak dapat dinoktahkan...

Masa yang lalu membawa pelbagai kenangan...
Masa yabg lalu dihiasi dengan PELANGI KEBAHAGIAN
Masa yang lalu dihiasi dengan TAMAN KEGEMBIRAAN
Masa yang lalu dihiasi dengan HUJAN KESEDIHAN
Masa yang lalu dihiasi dengan API PERSENGKETAAN

Namun..

Kenangan yang lalu kian samar dalam minda...
Kenangan yang lalu ibarat mimpi cuma..

Kini...
Detik PERPISAHAN kunjung tiba..
Penamat bagi segala PERTEMUAN..

Bagiku....
Ini bukanlah Perpisahan yang KEKAL...
Kerana UKHWAH yang terjalin masih KEBAL

Tiada Hijab Ukhwah

Beribu batu jarak antara kita..

Namun..

Khabar berita tetap hinggap di telinga…

Bertahun-tahun tidak bersua..

Namun..

Kita berbicara dapat berbicara..

Walaupun berbeza dunia..

Namun..

Kita bagaikan 1 jiwa…

Semuanya terjadi bila adanya…… 

Ukhwah...