Wednesday 14 March 2012

Anugerah Kepada Khalifah

Akal..
Satu anugerah kepada manusia...
Sebagai Khalifah di Bumi-Nya...

Akal..
Gunanya untuk jalan kebaikan..
Mencari keredhaan Tuhan..

Akal..
Kerananya kita mampu mengharungi..
Setiap ujian yang diberi..

Akal..
Menjadikan kita makhluk istimewa..
Mampu mentadbir seluruh dunia..

Namun

Pabila akan mula lemah..
Diracuni nafsu serakah..

Segala kebahagiaan musnah..
Segala kedamaian punah..

Yang tinggal hanyalah kemaksiatan..
Yang tinggal hanyalah kekufuran..
Yang tinggal hanyalah kebinasaan...

Jadi..

Hiasilah Akal mu dengan PERMATA KEIMANAN
Simbahlah Akal mu dengan CAHAYA KEBIJAKSANAAN

Pasti terhalang virus KEJAHILAN..
Dari merosakkan AKAL fikiran..

~sekadar renungan~

Exam Di Dunia Hanya Seketika

Aku berlari mencari kejayaan
Kejayaan yang pasti dalam genggaman

Kini
Puncak kejayaan di hadapan ku
Aku daki dengan megah

Tiba-tiba
langkah ku ternoktah
Tergelincir dan jatuh ke bawah

Kini ku gagal
Gagal mencapai kejayaan

Adakah ini bala?
Adakah ini malapetaka?

Tidak sama sekali

Itulah Ujian
Dugaan dari Yang Esa kepada hamba-Nya

Datangnya tidak diduga
Perginya tidak dijangka

Pabila ia datang janganlah mencela
Pabila ia datang  janganlah berputus asa

Sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui
Mengutahui kekuatan manusia
Dalam mengharungi dugaan yang diberi

Ujian

Tatkala kau hadir memberikan makna
Makna Allah sayangkan kita
Maknanya kita tidak terlepas dari perhatian
Rabb Ar-Rahman

Ujian

Kau datang bukan untuk selamanya
Kau muncul hanya untuk seketika
Pabila ku capai tahap tertentu
Allah pasti permudahkan hidup ku

Ujian

Tatkala kau muncul
Tidak dapat ku hindari

Yang ku mampu
Cekalkan hati
Kuatkan diri

Hadapi mu dengan penuh Keimanan
Hadapi mu dengan penuh Ketaqwaan
Hadapi mu dengan penuh Kesabaran

~sekadar renungan~

Hero @ Heroin

Orang kata Hero tidak akan mati
Orang kata Heroin tidak akan pergi

Namun

Mati itulah yang dinanti
Mati itulah yang dicari

Bukan mati dijalan keji
Bahkan mati dijalan Ilahi

Syahid

Itulah yang dicari setiap Mujahid

Mukmin yang damba akan redha-Nya
Mereka sudi menerima ajal di medan peperangan
Tanpa hiraukan ganjaran dunia

Syahid

Itulah yang diingini para Mujahadah

Walau Muslimah itu tampak lemah
Untuk mengangkat senjata
Namun masih kuat mengangkat Agama

Bangkitlah wahai Mukminin 
Bangkitlah Mukminah 

Berjihad di landasan keimanan
Memelihara Ad-Din Tuhan

Syahid

Ganjarannya itu pasti
Ganjaran Syurga yang abadi
Ganjaran Jannah yang hakiki

~sekadar renungan~

Tentang "Dia"


Dia yang bertapak dihatiku

Dia yang menambat jiwaku
Dia yang bermain dimindaku

Di dunia fana ini
Sungguh ku bertuah mengenali insan sepertinya

Pabila Dia pergi
Aku tekad mencari
Pabila Dia datang
Aku setia menanti
Pabila Dia ketawa
Aku tumpang gembira
Pabila Dia pilu
Aku turut sayu

Terima kasih Ya Allah 
Hadirkan Dia dalam hidupku

Kerana Dia
Aku mengukir senyuman
Kerana Dia
Menjadi tempat luahkan perasaan

Terima kasih atas nasihat terdahulu
Sungguh membuat  hatiku terharu 

Dia
Sahabat yang setia
Menemani ku setiap masa,waktu dan ketika
Mengharungi badai lautan dunia
Menyokong diri menghadapi pancaroba

Sungguh aku berharap
Persahabatan yang terbina ini
Kekal selamanya
Atas landasan Ukhwah Fillah yang nyata

~renungkanlah~

Dalam Jiwa Ada CINTA

Satu naluri di dalam hati
Datangnya tidak mampu ditepis
Hadirnya tidak mampu diduga
Itulah namanya CINTA

Cintailah Sang Pencinta Teragung
Kasih sayang-Nya terhadap kita
Setinggi gantungnya mentari
Kasih sayang-Nya terhadap kita
Seluas alam semesta
Begitulah hebatnya
Cinta Yang Maha Esa


Cintailah Muhammad Kekasih Allah
Membawa Islam sebagai sinaran
Sinaran yang membunuh kejahilan
Sinaran yang mengangkat darjat kaum wanita
Sinaran yang menyempurnakan ummat pilihan
Itulah Rasullulah Al-Amin
Menjadi junjungan sepanjang zaman

Cintailah Ibu dan Bapa
Pelihara kita dengan agama
Bagi membina akhlak bitara
Menatang kita bagai minyak yang penuh
Tanpa jemu mendidik dan mengasuh
Dari kecil hingga dewasa
Sesungguhnya kasih mereka
Tidak terbalas dek wang dan harta

Cintailah Warga Pendidik Remaja
Mencurah segala ilmu yang ada
Korbankan segala keringat dan masa
Bagi membina generasi muda
Generasi yang menjulang agama
Generasi yang berjihad dijalan-Nya
Itulah guru
Menumpahkan bakti tanpa jemu


Cintailah Sahabat Setia
Pelihara ukhwah sebaik-baiknya
Menjadi tempat luahan jiwa
Hadirnya bagai suria
Menyinari landasan kebenaran
tatkala aku dijalan kemaksiatan
Hakikatnya...
Indah nian dunia persahabatan
Pabila dipancari cahaya keihlasan

Sesungguhnya..

Cintai Allah Cinta kekal selamanya
Cintai Rasul Cinta mulia
Cintai Ibu Bapa mengudang redha-Nya
Cintai Guru beroleh ilmu berguna
Cintai Sahabat mengundang bahagia


Itulah kuasa CINTA  

~sekadar renungan~