Thursday 15 March 2012

Tegur Daku Selagi Ada Waktu

Dunia ini dihiasi pelbagai kemewahan
Ditambah lagi dengan pelbagai kekayaan
Dipenuhi dengan nikmat Takhta
Dipenuhi dengan nikmat Harta
Dipenuhi dengan nikmat Wanita
Dengan mudah hamba-Nya mampu terleka
Dengan mudah dibius bibit-bibit cinta dunia

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai ALPA,

Aku ada harta
Aku punya permata
Aku mampu membeli segala isi dunia
Namun segala kekayaan yang aku punya
Aku guna dijalan yang salah
Aku tidak bersedekah
Dengan kekayaan itu aku megah
Dengan kekayaan itu
Aku rasakan diriku ini agung
Aku rasakan diriku ini ulung

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai SOMBONG,

Dulu jika kau senyum aku membalas
Balas senyum mu itu dengan penuh ikhlas
Namun kini aku berubah
Pabila aku mendapat kuasa
Kuasa yang mampu membuat ku memerintah dunia
Segala senyum mu tidak ku endah
Segala teguran mu tidak ku sapa
Tatkala kau memandang wajah ku
Aku berpaling muka
Di kala itu
Ukhwah yang utuh kini menjadi rapuh

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai ANGKUH,

Dulu kau dan aku bagaikan satu
Satu Hati,Satu Rasa ,Satu Jiwa
Jika kau rasa sakit,Aku turut rasa perit
Namun itu semua telah berlalu
Kini
Jika kau derita,Aku berasa bahagia
Jika kau sedih,Aku berasa gembira
Jika kau susah,Aku terus menghina
Semua ini terjadi
Tatkala aku terpesong
Terpesong dari landasan Ukhwah Fillah

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai SALAH,

Sesungguhnya
Aku cuma insan biasa
Kadangkala aku hanyut dek Kealpaan
Kadangkala aku hanyut dek Kesombongan
Kadangkala aku hanyut dek Keangkuhan


Namun
Itu semua mampu diubah
Di kala nasihat mu menjadi halwa telinga
Di kala teguran mu menjadi pelembut jiwa

Kerana itu
Aku sangat memerlukan SAHABAT seperti mu,
Untuk memimpinku sehingga ke pintu Syurga


~sekadar renungan~

"My Heart" Keep it Carefully

Didiklah HATI menjadi SEPUTIH AWAN
Peliharalah dengan sebaiknya
Biarlah ia ditiup dek angin bibit-bibit cinta Yang Esa
Supaya berarak kejalan yang benar

Jika HATI bertukar MENDUNG
Tatkala dikotori debu kesesatan
Serikan ia kembali dengan rintihan
Rintihan memohon petunjuk dari Ar-Rahman

Didiklah HATI menjadi SEJERNIH PERMATA
Sehingga nampaknya dasar Keimanan
Sehingga nampak berenangnya Ketaqwaan
Deruan arusnya pasti menggamit Ketenangan

Jika HATI bertukar KERUH
Tatkala dicemari sampah Kemaksiatan
Segeralah buang segala kekotoran
Sucikan ia dengan Faal Iman

Didiklah HATI menjadi SEINDAH PURNAMA
Menerangi jiwa yang gelita
Supaya mampu memancarkan cahaya
Cahaya akhlak yang bitara

Jika HATI bertukar SURAM
Tidak diterangi cahaya kebahagiaan
Cubalah terbitkan bintang senyuman
Pasti terbitnya suria kegembiraan

Hati
Secebis daging dalam diri manusia

Pabila ia bersih
Iman pasti terjaga
Taqwa pasti terpelihara
Akhlak terserlah bitara
Peribadi tampak mulia

Pabila ia kotor
Iman kian tohor
Taqwa kianluntur
Akhlak makin kendur
Ummah terus mundur

Jadi
Pilihan ditangan anda

Jika mahukan hati yang bersih
Didiklah dengan Keimanan
Jika mahukan hati yang kotor
Didiklah dengan Kekufuran

~sekadar renungan~