Tuesday, 31 December 2013

Happy New Year

2013 melabuh tirai sudah
Pelbagai cerita menghiasi 365 hari
Ada suka ada duka
Itu semua lumrah kehidupan manusia

2014 membuka lembaran
Jutaan cerita bakal tercipta
Mungkin sama dengan masa lalu
Mungkin ketara berbeda
Itu semua aturan-Nya

Tahun baru
Semakin usia meningkat
Semakin ajal mendekat
Itulah kata-kata keramat
Supaya manusia sentasa beringat

Tahun baru
Azam sentiasa diperbaharui
Menjadi lebih baik dalam urusan dunia
Tetapi Iman dan Amal?
Jentik minda tanya hati

Tahun baru
Bukan petanda untuk bergembira
Dunia semakin tua
Maknanya?

Tahun baru
Teruskan kehidupan
Mula berhijrah
Mengatur langkah
Mencari kebenaran
Sirnakan kebatilan