Thursday, 11 July 2013

In The Event Of Ramadan

313 Mujahid mengangkat senjata
Melawan musuh penentang agama
Lapar dahaga bukan halangan
Selagi membara api Keimanan

Sukar dilihat dek mata daif manusia
Melainkan mata hati yang suci
Setahun sekali bertamu dengannya
Mencari malam yang penuh beerti

Petunjuk terulung sepanjang zaman
Biarpun lama masih terpelihara
Tidak terpersong isi kandungan
Dengan izin Pencipta Yang Esa

Apakah kaitanya dengan...

R>A>M>A>D>H>A>N

Kehadirannya amat dinanti
Pemergiannya pasti ditangisi
Hanya hadir setahun sekali
Tidak pasti sama ada akan bertamu lagi

Walau hanya 313 sumber tenaga
Tidak gentar melawan 1000 musuh
Dalam Perang Badar beradu tenaga
Bersemangat mengangkat senjata

Dinanti serta dicari
Lailatul Qadar yang sukar dinikmati
Hanya insan terpilih mampu merasai
Kebaikan 1000 malam setahun sekali

Tanggal 17 sejarah tercipta
Nuzulnya Al-Quran kepada Al-Mustafa
Panduan Muslim seantero dunia
Dalam meniti kehidupan dunia

Perang Badar
Lailatul Qadar
Nuzul Quran

Termaktub peristiwa mereka
Dalam bulan mulia
Yakni..

RAMADHAN

~Sekadar Berkongsi~