Wednesday, 14 March 2012

Anugerah Kepada Khalifah

Akal..
Satu anugerah kepada manusia...
Sebagai Khalifah di Bumi-Nya...

Akal..
Gunanya untuk jalan kebaikan..
Mencari keredhaan Tuhan..

Akal..
Kerananya kita mampu mengharungi..
Setiap ujian yang diberi..

Akal..
Menjadikan kita makhluk istimewa..
Mampu mentadbir seluruh dunia..

Namun

Pabila akan mula lemah..
Diracuni nafsu serakah..

Segala kebahagiaan musnah..
Segala kedamaian punah..

Yang tinggal hanyalah kemaksiatan..
Yang tinggal hanyalah kekufuran..
Yang tinggal hanyalah kebinasaan...

Jadi..

Hiasilah Akal mu dengan PERMATA KEIMANAN
Simbahlah Akal mu dengan CAHAYA KEBIJAKSANAAN

Pasti terhalang virus KEJAHILAN..
Dari merosakkan AKAL fikiran..

~sekadar renungan~

2 comments: