Wednesday 14 March 2012

Tentang "Dia"


Dia yang bertapak dihatiku

Dia yang menambat jiwaku
Dia yang bermain dimindaku

Di dunia fana ini
Sungguh ku bertuah mengenali insan sepertinya

Pabila Dia pergi
Aku tekad mencari
Pabila Dia datang
Aku setia menanti
Pabila Dia ketawa
Aku tumpang gembira
Pabila Dia pilu
Aku turut sayu

Terima kasih Ya Allah 
Hadirkan Dia dalam hidupku

Kerana Dia
Aku mengukir senyuman
Kerana Dia
Menjadi tempat luahkan perasaan

Terima kasih atas nasihat terdahulu
Sungguh membuat  hatiku terharu 

Dia
Sahabat yang setia
Menemani ku setiap masa,waktu dan ketika
Mengharungi badai lautan dunia
Menyokong diri menghadapi pancaroba

Sungguh aku berharap
Persahabatan yang terbina ini
Kekal selamanya
Atas landasan Ukhwah Fillah yang nyata

~renungkanlah~

No comments:

Post a Comment