Monday, 28 May 2012

C.I.K.G.U

Dari terbit mentari,
Sehingga terbenam matahari,
Hanya suara mu yang kudengari,
Menyampaikan madah berilmu,
Tanpa rungut dan jemu,

Dahulu,
Aku bagaikan sebuah timba yang kontang,
Kontang dek pengetahuan,
Kotor dek lumut kejahilan,

Kini,
Aku bagaikan sebuah peti yang berharga,
Sarat dek ilmu,
Bersinar dek cahaya bijaksana,

Namun,
Semua perubahan bukan satu kebetulan,
Aku dijaga,
Aku dipelihara,
Aku dididik,
Oleh seorang insan,

Cikgu

Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan lahir pemimpin bertaraf dunia,
Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan wujud angkasawan peneroka semesta,
Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan terbit generasi pemikiran kelas pertama,

Cikgu

Jika dikumpul emas setinggi gunung,
Jika dihimpun permata seluas lautan,
Bagiku,
Nilainya tidak sama dengan ilmu yang kau berikan,
Nilainya tidak sama dengan tenaga yang kau kerahkan,
Demi mendidik ku,

Terima Kasih Cikgu,

Hanya ucapan itu yang ku mampu lafazkan,
Bagi membalas jasa mu,
Walaupun ia tampak mudah dinyatakan,
Namun,
Terdapat 1001 makna yang tersirat disebalik lisan,









No comments:

Post a Comment