Monday, 22 December 2014

Tentang Sangkala

Dari membisu kita berkata
Dari merangkak hingga melangkah
Dari muda menjadi tua
Dari kehidupan hadapi kematian
Peredaran sangkala berundur tiada

Tidak pernah berundur seketika
Menjengah sedetik kebelakang juga tiada
Sentiasa berjalan merentas era
Tidak hirau tindak tanduk manusia
Hanya terus maju kehadapan
Matlamat jitu tanpa alasan

Orang berkata
Ia ibarat emas nilainya
Tetapi bagiku
Itu semua palsu
Kerna emas masih empunya nilai tersendiri
Walhal kisah silam
Jika emas seantero dunia sebagai pengganti
Nilainya masih belum mampu dibeli

Orang berkata
Lagaknya laksana pedang
Andai kita tidak memintasnya
Ia pasti memotong kita

Demi MASA
Rebut 5 sebelum 5

Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Sihat sebelum Sakit
Hidup sebelum Mati



No comments:

Post a Comment