Kau ke mari
Aku ke sana
Kau turut sama
Kau dan aku sentiasa berada di landasan yang sama
Kerana ketika itu haluan yang terbentang cuma satu
Masa berganjak
Waktu demi waktu
Kau peroleh haluan yang baru
Hari ini aku tunggu di haluan yang lama
Tetapi bukan sahaja jasad
Malah bayangmu juga tak kunjung tiba
Setiap hari aku tekad menunggu akan kehadiranmu
Tetapi ia cuma angan-angan yang tiada kesudahan
Aku bukan siapa-siapa untuk menentukan haluanmu
Tetapi aku tahu kau buat pilihan yang terbaik tanpa penyesalan
Biar aku terus berjalan di landasan yang lama
Kerna ketika itu aku yakin akan satu benda
Kita lalui jalan berbeza
Tetapi bakal ketemu di titik yang sama
Cuma
Tempat dan waktu menjadi tanda tanya
Siapa yang tahu?
Hanyalah DIA
No comments:
Post a Comment