Sunday, 27 January 2013

Bila Terasa Rindu..Ku Bayang Wajah Mu

Gembira,
Tatkala kau mendengar khabar kewujudan ku,
Di alam yang tidak terlihat,
Dek mata kasar umat manusia,
Tatkala itu juga tembok kesabaranmu mula dibina,

Masa beredar seiring dengan usia ku,
Kini beban makin kau terasa,
Namun tembok kesabaranmu masih kebal,
Menahan segala sakit dan perit sendirian,

Bila tiba saat dan waktu,
Saat aku ingin melihat alam yang fana,
Yang hanya pinjaman untuk seketika,

Saat itu kau bertarung nyawa,
Antara hidup dan mati,
Semua itu ditangan-Nya,

Nampaknya Dia masih sayangkan kita,
Selepas pertarungan itu,
Kau masih lagi bernyawa,
Aku lahir ke dunia,
Nampaknya kita mampu bersama,

Tangisanku membuatkan dia mengalirkan air mata,
Rasa syukur menyergah jiwa,
Tatkala itu kalimah Allah bermain di cuping telingaku,
Untuk kali yang pertama,

Ibu,
Tanpa pengorbanan mu tidak akan wujud aku di dunia,
Tanpa kasih sayang mu kehidupan ku tidak berharga,

Walaupun kau tidak mewariskan sebidang tanah,
Walaupun kau tidak memberikan sebuah rumah,

Jasa dan pengorbananmu,
Sewaktu ku di alam rahim,
Sewaktu kau melahirkan ku,
Sewaktu kau membesarkan ku,

Tidak dapat dibalas dengan segala harta di dunia,

Aku berjanji kepada mu wahai ibu,
Akan ku jaga dikau sehingga akhir hayat ku,

Sunday, 16 December 2012

Syukur dan Berdoa


Syukur...
Satu lafaz yang unggul…

Hanya itu kalimah yang mampu diuacapkan..
Tatkala hidup di Bumi bertuah ini...
Penuh dengan kemajuan teknologi...
Sarat dengan kepesatan ekonomi...

Namun..

Teringatkah kita akan saudara kita di sana?
Saudara yang menderita di Bumi Gaza...

Saat kita bergelak ketawa...
Mereka mengalirkan air mata...

Saat kita bergurau senda...
Mereka lari selamatkan nyawa...

Saat kita berfoya-foya...
Mereka berjihad mengangkat senjata...

Saat kita menikmati kenikmatan dunia..
Mereka membanting tulang memelihara Agama...

Jika...
Di Malaysia taman bunga penyeri panorama...
Tapi...
Di sana darah dan peluru menghiasi saujana...

Jika...
Di Malaysia tilam empuk yang menemani lena...
Tapi...
Di sana beralaskan tanah bembumbungkan angkasa...

Jadi...

Tatkala hidup di Bumi yang aman
Dimanakah rasa syukur kita..?
Tatkala saudara kita menanggung penderitaan
Rasa belas kasihan dicampak ke mana.?.

Bersyukurlah pabila terhindar dari derita...
Bantulah saudara kita di sana...

Walaupun tanpa kudrat dan senjata...
Cukuplah sekadar memanjatkan doa...

~sekadar renungan~

Thursday, 13 December 2012

Moga Bertemu Kembali


Sayu hati ku melangkah pergi
Meninggal temanku disini
Membawa bersama kenangan lama
Yang masih segar di minda

Bukankah tuhan sudah berkata
Naungan Arash untuk sahabat setia
Bertemu berpisah keranaNya
Walau terpisah hati tertaut jua

Ketika ku jatuh kau bangunkanku kembali
Ketika tangis kau penghibur hati
Ketika sulit kau kau bukakan kunci
Bersyukurnya aku, kau kurniaan ilahi

Kerinduan kini subur di dada
Terkenang senyum dan tawa kita
Suka dan duka tempuh bersama
Hatiku hatimu dalam akidah yang satu

Ku memohon pada-Mu Ya Rabbi
Agar Kau pertemukan kami
Di atas jalan dakwahMu ini
Dalam mengejar redha Ilahi



Duet with:Tinta Pena

Wednesday, 12 December 2012

Buat Mu Syuhada

اللهم انصر الاسلام والمسلمين

Air mata berlinangan
Membasahi pipi
Menangisi pemergian
Para syuhada nan sejati

Mengorbankan harta
Pertaruhkan nyawa 
Dalam mencari 
Redha Ilahi

Tanpa senjata ditangan mu
Hanya batu menjadi peluru
Namun kau tetap bediri teguh
Menghadapi musuh

Darah yang mengalir
Menjadi saksi perjuanganmu
Mempertahankan agama Ilahi

Tanpa menghiraukan ganjaran dunia
Kerana syahid menjadi cita

Sesungguhnya
Di dunia sana
Firdausi yang hakiki 
Sedia menanti

Sesungguhnya
Di dunia sana
Sang Bidadari
Sedia menemani

Saturday, 15 September 2012

Kisah Persahabatan


Diatas takdir Yang Maha Esa
Terjalinnya ukhwah kita
Tanpa diduga,tanpa dipinta
Kini kita telah bersama

Ibarat air yang mengalir indah
Yang dicincang tiada putusnya
Begitulah diibaratkan
Tali persahabatan kita

Sekian lama kita bersama
Ukhwah kita semakin teguh
Walau terpisah berbatu jauhnya
Namun jalinan tetap utuh

Setiap saat dimana jua
Kita berkongsi suka dan lara
Tabah tempuhi onak dan duri
Dalam mengejar impian nan suci

Susah senang sama dirasa
Gurau senda duka tawa
Simpan di hati memori bahagia

Hindarkan persengketaan
Elakkan dari permusuhan
Kerana ianya barah persahabatan

Mantapkan ikatan jalinan
Saluti dengan keimanan
Moga kekal sepanjang zaman

Ayuh rakan dan taulan
Hargai persahabatan
Semoga jalinan kita
Diredhai Tuhan

Ya Allahu Ya Rabbi
Dengarlah rintihan kami
Semoga ukhwah ini
Kekal abadi

Sunday, 3 June 2012

Watch your mouth

Kerana mulut,

Silaturahim yang terbina,
Di atas landasan cinta sesama manusia,
Yang dulu utuh,
Kini mampu runtuh,
Dek kata-kata nista,
Yang dulu kukuh,
Kini mampu roboh,
Dek kata-kata dusta.

Kerana mulut,

Kesucian seorang wanita,
Dahulunya terpelihara,
Kini maruahnya mudah dinoda,
Tatkala Sang Jejaka meluahkan kata,
Lisan semanis gula,
Memuji serta memuja Sang Puspa,
Saat itu hati Si Dara mula tergoda,
Dek eulogi Si Teruna,

Kerana mulut,

Negara yang aman,
Bebas dari peperangan,
Kini mampu bersengketa,
Fitnah ditabur merata-rata,
Batu api menghasut amarah membara,
Bagi menentukan siapa yang berkuasa,

Monday, 28 May 2012

Alam


Apabila kita melihat alam ini . .
Rasa takjub menyergah hati. .
Mengamati ciptaan Ilahi. .
Terasa bagai di Syurga Duniawi. .

Langit yang terbentang luas. .
Membiru di siang hari. .
Pabila disimbah cahaya mentari. .
Langit yang terbentang luas. .
Bersinar di malam gelita. .
Pabila disinari cahaya bintang dan purnama. .

Pantai yg jernih . .
Terhampar luas. .
Bayunya menggamit ketenangan jiwa. .
Ngauman ombaknya menjadi halwa telinga. .

Matahari terbit dan terbenam. .
Dari Timut ke Barat. .
Mengikut aturan. .
Tanpa cacat cela. .

Kalimah "SUBHANALLAH" membasahi lidah tatkala itu. .
Melafazkannya tanpa jemu.

Diselangi lafaz "ALLAHUAKBAR" . .
Memuji Kebesaran Allah Yang Maha Besar. 

Jelajahlah kamu ke segenap dunia. .
Bagi menemui pelbagai panorama. .
Serta keunikan ciptaan Yang Maha Esa. .