Tuesday, 13 March 2012

Syumul Dan Unggul

Kehadirannya penuh kelainan..
Kehadirannya dalam keasingan..
Itulah dia agama Tuhan.. 
Muncul bagi tunjukkan sinaran..

Islam agama yang syumul..
Islam ad-din yang unggul..

Bagai cahaya mentari yang terus memancar..
Menyinari segenap alam buana..
Menerangi kehidupan umat manusia..
Menjadi lebih mudah.. 
Menjadi kian indah..

Ibadah Solat dilaksana penuh..
Moga tiang agama dibina teguh..
Membentuk diri akidah kukuh..
Jiwa yang luhur nafsu dilentur..
Membina perpaduan ummah yang utuh..

Rasuldiutuskan bagi sempurnakan..
Akhlak umat pilihan..
Banteras kejahilan..
Keimanan disemaikan..
Mengukuhkan ketaqwaan..

Al-Quran dan AS-Sunnah jadikan pegangan..
Menjadi penyuluh dalam kegelapan..
Hindarkan diri dari kesesatan..
Moga sentiasa dalam kebenaran..

Begitulah hebatnya ISLAM..
Aturannya melengkapi kehidupan alam..

No comments:

Post a Comment