Tuesday 13 March 2012

Untuk Apa Mengenali Si Dia

Mengenali seseorang itu adalah satu peluang yang istimewa,,

Mengapa?

Mengenali seseorang itu kadangkala mampu membuat kita ketawa,,
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita mengalirkan air mata,,
Mengenali seseorang itu kadangkala mendatangkan rasa gembira,,
Mengenali seseorang itu kadangkala menimbulkan rasa kecewa,,

Sesungguhnya,,

Mengenali seseorang itu mampu menghadirkan sejuta rasa,

Marah sepanas bara,,
Sedih selebat hujan,,
Gembira secantik pelangi,,
Rindu bak pungguk akan rembulan,,
Sayang seluas semesta,,
Cinta bak mekarnya mawar,,

Tapi,,

Sedarkah kita mengenali seseorang itu adalah anugerah,,

Biarpun hadirnya,,
Sedetik cuma,,
Biarpun hadirnya,,
Sekadar teman sementara,,

Bersyukur kita dengan kehadirannya,,

Kenapa?

Kerana,,
Melaluinya,,
kita mengerti apa itu,,,

KASIH SAYANG..dan..CINTA

No comments:

Post a Comment