Sunday, 16 December 2012

Syukur dan Berdoa


Syukur...
Satu lafaz yang unggul…

Hanya itu kalimah yang mampu diuacapkan..
Tatkala hidup di Bumi bertuah ini...
Penuh dengan kemajuan teknologi...
Sarat dengan kepesatan ekonomi...

Namun..

Teringatkah kita akan saudara kita di sana?
Saudara yang menderita di Bumi Gaza...

Saat kita bergelak ketawa...
Mereka mengalirkan air mata...

Saat kita bergurau senda...
Mereka lari selamatkan nyawa...

Saat kita berfoya-foya...
Mereka berjihad mengangkat senjata...

Saat kita menikmati kenikmatan dunia..
Mereka membanting tulang memelihara Agama...

Jika...
Di Malaysia taman bunga penyeri panorama...
Tapi...
Di sana darah dan peluru menghiasi saujana...

Jika...
Di Malaysia tilam empuk yang menemani lena...
Tapi...
Di sana beralaskan tanah bembumbungkan angkasa...

Jadi...

Tatkala hidup di Bumi yang aman
Dimanakah rasa syukur kita..?
Tatkala saudara kita menanggung penderitaan
Rasa belas kasihan dicampak ke mana.?.

Bersyukurlah pabila terhindar dari derita...
Bantulah saudara kita di sana...

Walaupun tanpa kudrat dan senjata...
Cukuplah sekadar memanjatkan doa...

~sekadar renungan~

Thursday, 13 December 2012

Moga Bertemu Kembali


Sayu hati ku melangkah pergi
Meninggal temanku disini
Membawa bersama kenangan lama
Yang masih segar di minda

Bukankah tuhan sudah berkata
Naungan Arash untuk sahabat setia
Bertemu berpisah keranaNya
Walau terpisah hati tertaut jua

Ketika ku jatuh kau bangunkanku kembali
Ketika tangis kau penghibur hati
Ketika sulit kau kau bukakan kunci
Bersyukurnya aku, kau kurniaan ilahi

Kerinduan kini subur di dada
Terkenang senyum dan tawa kita
Suka dan duka tempuh bersama
Hatiku hatimu dalam akidah yang satu

Ku memohon pada-Mu Ya Rabbi
Agar Kau pertemukan kami
Di atas jalan dakwahMu ini
Dalam mengejar redha Ilahi



Duet with:Tinta Pena

Wednesday, 12 December 2012

Buat Mu Syuhada

اللهم انصر الاسلام والمسلمين

Air mata berlinangan
Membasahi pipi
Menangisi pemergian
Para syuhada nan sejati

Mengorbankan harta
Pertaruhkan nyawa 
Dalam mencari 
Redha Ilahi

Tanpa senjata ditangan mu
Hanya batu menjadi peluru
Namun kau tetap bediri teguh
Menghadapi musuh

Darah yang mengalir
Menjadi saksi perjuanganmu
Mempertahankan agama Ilahi

Tanpa menghiraukan ganjaran dunia
Kerana syahid menjadi cita

Sesungguhnya
Di dunia sana
Firdausi yang hakiki 
Sedia menanti

Sesungguhnya
Di dunia sana
Sang Bidadari
Sedia menemani

Saturday, 15 September 2012

Kisah Persahabatan


Diatas takdir Yang Maha Esa
Terjalinnya ukhwah kita
Tanpa diduga,tanpa dipinta
Kini kita telah bersama

Ibarat air yang mengalir indah
Yang dicincang tiada putusnya
Begitulah diibaratkan
Tali persahabatan kita

Sekian lama kita bersama
Ukhwah kita semakin teguh
Walau terpisah berbatu jauhnya
Namun jalinan tetap utuh

Setiap saat dimana jua
Kita berkongsi suka dan lara
Tabah tempuhi onak dan duri
Dalam mengejar impian nan suci

Susah senang sama dirasa
Gurau senda duka tawa
Simpan di hati memori bahagia

Hindarkan persengketaan
Elakkan dari permusuhan
Kerana ianya barah persahabatan

Mantapkan ikatan jalinan
Saluti dengan keimanan
Moga kekal sepanjang zaman

Ayuh rakan dan taulan
Hargai persahabatan
Semoga jalinan kita
Diredhai Tuhan

Ya Allahu Ya Rabbi
Dengarlah rintihan kami
Semoga ukhwah ini
Kekal abadi

Sunday, 3 June 2012

Watch your mouth

Kerana mulut,

Silaturahim yang terbina,
Di atas landasan cinta sesama manusia,
Yang dulu utuh,
Kini mampu runtuh,
Dek kata-kata nista,
Yang dulu kukuh,
Kini mampu roboh,
Dek kata-kata dusta.

Kerana mulut,

Kesucian seorang wanita,
Dahulunya terpelihara,
Kini maruahnya mudah dinoda,
Tatkala Sang Jejaka meluahkan kata,
Lisan semanis gula,
Memuji serta memuja Sang Puspa,
Saat itu hati Si Dara mula tergoda,
Dek eulogi Si Teruna,

Kerana mulut,

Negara yang aman,
Bebas dari peperangan,
Kini mampu bersengketa,
Fitnah ditabur merata-rata,
Batu api menghasut amarah membara,
Bagi menentukan siapa yang berkuasa,

Monday, 28 May 2012

Alam


Apabila kita melihat alam ini . .
Rasa takjub menyergah hati. .
Mengamati ciptaan Ilahi. .
Terasa bagai di Syurga Duniawi. .

Langit yang terbentang luas. .
Membiru di siang hari. .
Pabila disimbah cahaya mentari. .
Langit yang terbentang luas. .
Bersinar di malam gelita. .
Pabila disinari cahaya bintang dan purnama. .

Pantai yg jernih . .
Terhampar luas. .
Bayunya menggamit ketenangan jiwa. .
Ngauman ombaknya menjadi halwa telinga. .

Matahari terbit dan terbenam. .
Dari Timut ke Barat. .
Mengikut aturan. .
Tanpa cacat cela. .

Kalimah "SUBHANALLAH" membasahi lidah tatkala itu. .
Melafazkannya tanpa jemu.

Diselangi lafaz "ALLAHUAKBAR" . .
Memuji Kebesaran Allah Yang Maha Besar. 

Jelajahlah kamu ke segenap dunia. .
Bagi menemui pelbagai panorama. .
Serta keunikan ciptaan Yang Maha Esa. .

C.I.K.G.U

Dari terbit mentari,
Sehingga terbenam matahari,
Hanya suara mu yang kudengari,
Menyampaikan madah berilmu,
Tanpa rungut dan jemu,

Dahulu,
Aku bagaikan sebuah timba yang kontang,
Kontang dek pengetahuan,
Kotor dek lumut kejahilan,

Kini,
Aku bagaikan sebuah peti yang berharga,
Sarat dek ilmu,
Bersinar dek cahaya bijaksana,

Namun,
Semua perubahan bukan satu kebetulan,
Aku dijaga,
Aku dipelihara,
Aku dididik,
Oleh seorang insan,

Cikgu

Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan lahir pemimpin bertaraf dunia,
Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan wujud angkasawan peneroka semesta,
Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan terbit generasi pemikiran kelas pertama,

Cikgu

Jika dikumpul emas setinggi gunung,
Jika dihimpun permata seluas lautan,
Bagiku,
Nilainya tidak sama dengan ilmu yang kau berikan,
Nilainya tidak sama dengan tenaga yang kau kerahkan,
Demi mendidik ku,

Terima Kasih Cikgu,

Hanya ucapan itu yang ku mampu lafazkan,
Bagi membalas jasa mu,
Walaupun ia tampak mudah dinyatakan,
Namun,
Terdapat 1001 makna yang tersirat disebalik lisan,