Saturday, 15 September 2012

Kisah Persahabatan


Diatas takdir Yang Maha Esa
Terjalinnya ukhwah kita
Tanpa diduga,tanpa dipinta
Kini kita telah bersama

Ibarat air yang mengalir indah
Yang dicincang tiada putusnya
Begitulah diibaratkan
Tali persahabatan kita

Sekian lama kita bersama
Ukhwah kita semakin teguh
Walau terpisah berbatu jauhnya
Namun jalinan tetap utuh

Setiap saat dimana jua
Kita berkongsi suka dan lara
Tabah tempuhi onak dan duri
Dalam mengejar impian nan suci

Susah senang sama dirasa
Gurau senda duka tawa
Simpan di hati memori bahagia

Hindarkan persengketaan
Elakkan dari permusuhan
Kerana ianya barah persahabatan

Mantapkan ikatan jalinan
Saluti dengan keimanan
Moga kekal sepanjang zaman

Ayuh rakan dan taulan
Hargai persahabatan
Semoga jalinan kita
Diredhai Tuhan

Ya Allahu Ya Rabbi
Dengarlah rintihan kami
Semoga ukhwah ini
Kekal abadi

Sunday, 3 June 2012

Watch your mouth

Kerana mulut,

Silaturahim yang terbina,
Di atas landasan cinta sesama manusia,
Yang dulu utuh,
Kini mampu runtuh,
Dek kata-kata nista,
Yang dulu kukuh,
Kini mampu roboh,
Dek kata-kata dusta.

Kerana mulut,

Kesucian seorang wanita,
Dahulunya terpelihara,
Kini maruahnya mudah dinoda,
Tatkala Sang Jejaka meluahkan kata,
Lisan semanis gula,
Memuji serta memuja Sang Puspa,
Saat itu hati Si Dara mula tergoda,
Dek eulogi Si Teruna,

Kerana mulut,

Negara yang aman,
Bebas dari peperangan,
Kini mampu bersengketa,
Fitnah ditabur merata-rata,
Batu api menghasut amarah membara,
Bagi menentukan siapa yang berkuasa,

Monday, 28 May 2012

Alam


Apabila kita melihat alam ini . .
Rasa takjub menyergah hati. .
Mengamati ciptaan Ilahi. .
Terasa bagai di Syurga Duniawi. .

Langit yang terbentang luas. .
Membiru di siang hari. .
Pabila disimbah cahaya mentari. .
Langit yang terbentang luas. .
Bersinar di malam gelita. .
Pabila disinari cahaya bintang dan purnama. .

Pantai yg jernih . .
Terhampar luas. .
Bayunya menggamit ketenangan jiwa. .
Ngauman ombaknya menjadi halwa telinga. .

Matahari terbit dan terbenam. .
Dari Timut ke Barat. .
Mengikut aturan. .
Tanpa cacat cela. .

Kalimah "SUBHANALLAH" membasahi lidah tatkala itu. .
Melafazkannya tanpa jemu.

Diselangi lafaz "ALLAHUAKBAR" . .
Memuji Kebesaran Allah Yang Maha Besar. 

Jelajahlah kamu ke segenap dunia. .
Bagi menemui pelbagai panorama. .
Serta keunikan ciptaan Yang Maha Esa. .

C.I.K.G.U

Dari terbit mentari,
Sehingga terbenam matahari,
Hanya suara mu yang kudengari,
Menyampaikan madah berilmu,
Tanpa rungut dan jemu,

Dahulu,
Aku bagaikan sebuah timba yang kontang,
Kontang dek pengetahuan,
Kotor dek lumut kejahilan,

Kini,
Aku bagaikan sebuah peti yang berharga,
Sarat dek ilmu,
Bersinar dek cahaya bijaksana,

Namun,
Semua perubahan bukan satu kebetulan,
Aku dijaga,
Aku dipelihara,
Aku dididik,
Oleh seorang insan,

Cikgu

Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan lahir pemimpin bertaraf dunia,
Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan wujud angkasawan peneroka semesta,
Tanpa ilmu darimu,
Tidak akan terbit generasi pemikiran kelas pertama,

Cikgu

Jika dikumpul emas setinggi gunung,
Jika dihimpun permata seluas lautan,
Bagiku,
Nilainya tidak sama dengan ilmu yang kau berikan,
Nilainya tidak sama dengan tenaga yang kau kerahkan,
Demi mendidik ku,

Terima Kasih Cikgu,

Hanya ucapan itu yang ku mampu lafazkan,
Bagi membalas jasa mu,
Walaupun ia tampak mudah dinyatakan,
Namun,
Terdapat 1001 makna yang tersirat disebalik lisan,









Saturday, 26 May 2012

Sang Pencipta Alam

Begitu hebat Sang Pencipta Alam


Dikala ku intai ke langit malam,
Hayatilah hiasan jutaan bintang,
Menemani si purnama yang terang 
Mengharmonikan suasana malam,
Menceriakan suasana yang suram,
Menyinari suasana yang kelam,


Begitu hebat Sang Pencinta Alam,


Dikala malam yang gelap gelita,
Engkau mampu suluhkan cahaya,
Dikala cerah di siang hari,
Engkau mampu padamkan sinaran mentari, 


Begitu hebat Sang Pencipta Alam,


Sekukuh mana bangunan,
Seutuh mana binaan,
Hanya dengan sedikit gegaran,
Semua itu hilang dari pandangan,


Begitu hebat Sang Pencipta Alam,


Dikala ia tidur dunia bagaikan selamat,
Dikala ia terjaga bagaikan kiamat,
Pabila terkeluar isinya,
Mampu membakar seluruh buana,


Begitu hebat Sang Pencinta Alam


Dikala ia tenang,
Disaluti bayu yang nyaman,
Membuatkan jiwa yang gundah, 
Menjadi lapang,


Dikala ia marah,
Disaluti dengan ngauman yang ganas,
Membuatkan jiwa yang lapang, 
Menjadi gundah,

Friday, 16 March 2012

Insan Bernama....

Lemah lembut sifat azali
Keindahan wajah mu bak bidadari
Senyuman mu menambat jiwa pemuda
Itulah dia insan bernama... 

Wanita

Di zaman jahiliyyah kau di anggap hina
Dilayan seperti hamba
Kau menanggung segunung derita tika itu

Tiba saat dan waktu
Hadirnya sinar kebenaran
Menerangi kegelapan jiwa sekalian manusia
Sirnakan Kejahilan
Mengangkat darjat para wanita
Lunturkan Kehinaan
Bangkitkan Kemuliaan

Dikau begitu bertuah wahai Wanita

Wanita

Kau begitu bernilai
Kau diaggap sebaik-baik perhiasan dunia
Namun
Bukan perhiasan di tubuh mu itu yang membuat diri mu menarik
Bukan perhiasan di tubuh mu itu yang membuat diri mu cantik

Keimanan memenuhi dada
Ketaqwaan menyelimuti jiwa
Akhlak yang bitara
Itu yang diimpikan sekalian jejaka

Dikau begitu istimewa wahai Wanita

Wanita

Walaupun zahir mu tampak lemah
Namun batin mu cukup gagah
Sabar menempuh dugaan
Teguh harungi cabaran

Tatkala Saidatina Khadijah mengorbankan hartanya
Demi agama
Beliau tidak rasa kecewa
Tatkala Saidatina Aisyah menggunakan akalnya
Sebarkan agama
Beliau tidak pernah berputus asa

Dikau begitu hebat wahai Wanita

Wanita

Peliharalah dirimu sebaiknya
Pastikan maruah mu sentiasa terjaga
Bangkitlah menjadi Srikandi yang mulia

Bukan mulia pada pandangan Manusia
Tapi mulia pada pandangan Yang Maha Esa

Ingatlah Wanita
Dirimu itu begitu berharga 


~sekadar renungan~

Thursday, 15 March 2012

Tegur Daku Selagi Ada Waktu

Dunia ini dihiasi pelbagai kemewahan
Ditambah lagi dengan pelbagai kekayaan
Dipenuhi dengan nikmat Takhta
Dipenuhi dengan nikmat Harta
Dipenuhi dengan nikmat Wanita
Dengan mudah hamba-Nya mampu terleka
Dengan mudah dibius bibit-bibit cinta dunia

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai ALPA,

Aku ada harta
Aku punya permata
Aku mampu membeli segala isi dunia
Namun segala kekayaan yang aku punya
Aku guna dijalan yang salah
Aku tidak bersedekah
Dengan kekayaan itu aku megah
Dengan kekayaan itu
Aku rasakan diriku ini agung
Aku rasakan diriku ini ulung

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai SOMBONG,

Dulu jika kau senyum aku membalas
Balas senyum mu itu dengan penuh ikhlas
Namun kini aku berubah
Pabila aku mendapat kuasa
Kuasa yang mampu membuat ku memerintah dunia
Segala senyum mu tidak ku endah
Segala teguran mu tidak ku sapa
Tatkala kau memandang wajah ku
Aku berpaling muka
Di kala itu
Ukhwah yang utuh kini menjadi rapuh

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai ANGKUH,

Dulu kau dan aku bagaikan satu
Satu Hati,Satu Rasa ,Satu Jiwa
Jika kau rasa sakit,Aku turut rasa perit
Namun itu semua telah berlalu
Kini
Jika kau derita,Aku berasa bahagia
Jika kau sedih,Aku berasa gembira
Jika kau susah,Aku terus menghina
Semua ini terjadi
Tatkala aku terpesong
Terpesong dari landasan Ukhwah Fillah

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai SALAH,

Sesungguhnya
Aku cuma insan biasa
Kadangkala aku hanyut dek Kealpaan
Kadangkala aku hanyut dek Kesombongan
Kadangkala aku hanyut dek Keangkuhan


Namun
Itu semua mampu diubah
Di kala nasihat mu menjadi halwa telinga
Di kala teguran mu menjadi pelembut jiwa

Kerana itu
Aku sangat memerlukan SAHABAT seperti mu,
Untuk memimpinku sehingga ke pintu Syurga


~sekadar renungan~