Friday, 16 March 2012

Insan Bernama....

Lemah lembut sifat azali
Keindahan wajah mu bak bidadari
Senyuman mu menambat jiwa pemuda
Itulah dia insan bernama... 

Wanita

Di zaman jahiliyyah kau di anggap hina
Dilayan seperti hamba
Kau menanggung segunung derita tika itu

Tiba saat dan waktu
Hadirnya sinar kebenaran
Menerangi kegelapan jiwa sekalian manusia
Sirnakan Kejahilan
Mengangkat darjat para wanita
Lunturkan Kehinaan
Bangkitkan Kemuliaan

Dikau begitu bertuah wahai Wanita

Wanita

Kau begitu bernilai
Kau diaggap sebaik-baik perhiasan dunia
Namun
Bukan perhiasan di tubuh mu itu yang membuat diri mu menarik
Bukan perhiasan di tubuh mu itu yang membuat diri mu cantik

Keimanan memenuhi dada
Ketaqwaan menyelimuti jiwa
Akhlak yang bitara
Itu yang diimpikan sekalian jejaka

Dikau begitu istimewa wahai Wanita

Wanita

Walaupun zahir mu tampak lemah
Namun batin mu cukup gagah
Sabar menempuh dugaan
Teguh harungi cabaran

Tatkala Saidatina Khadijah mengorbankan hartanya
Demi agama
Beliau tidak rasa kecewa
Tatkala Saidatina Aisyah menggunakan akalnya
Sebarkan agama
Beliau tidak pernah berputus asa

Dikau begitu hebat wahai Wanita

Wanita

Peliharalah dirimu sebaiknya
Pastikan maruah mu sentiasa terjaga
Bangkitlah menjadi Srikandi yang mulia

Bukan mulia pada pandangan Manusia
Tapi mulia pada pandangan Yang Maha Esa

Ingatlah Wanita
Dirimu itu begitu berharga 


~sekadar renungan~

Thursday, 15 March 2012

Tegur Daku Selagi Ada Waktu

Dunia ini dihiasi pelbagai kemewahan
Ditambah lagi dengan pelbagai kekayaan
Dipenuhi dengan nikmat Takhta
Dipenuhi dengan nikmat Harta
Dipenuhi dengan nikmat Wanita
Dengan mudah hamba-Nya mampu terleka
Dengan mudah dibius bibit-bibit cinta dunia

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai ALPA,

Aku ada harta
Aku punya permata
Aku mampu membeli segala isi dunia
Namun segala kekayaan yang aku punya
Aku guna dijalan yang salah
Aku tidak bersedekah
Dengan kekayaan itu aku megah
Dengan kekayaan itu
Aku rasakan diriku ini agung
Aku rasakan diriku ini ulung

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai SOMBONG,

Dulu jika kau senyum aku membalas
Balas senyum mu itu dengan penuh ikhlas
Namun kini aku berubah
Pabila aku mendapat kuasa
Kuasa yang mampu membuat ku memerintah dunia
Segala senyum mu tidak ku endah
Segala teguran mu tidak ku sapa
Tatkala kau memandang wajah ku
Aku berpaling muka
Di kala itu
Ukhwah yang utuh kini menjadi rapuh

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai ANGKUH,

Dulu kau dan aku bagaikan satu
Satu Hati,Satu Rasa ,Satu Jiwa
Jika kau rasa sakit,Aku turut rasa perit
Namun itu semua telah berlalu
Kini
Jika kau derita,Aku berasa bahagia
Jika kau sedih,Aku berasa gembira
Jika kau susah,Aku terus menghina
Semua ini terjadi
Tatkala aku terpesong
Terpesong dari landasan Ukhwah Fillah

Wahai Teman
Tegur aku jika aku mulai SALAH,

Sesungguhnya
Aku cuma insan biasa
Kadangkala aku hanyut dek Kealpaan
Kadangkala aku hanyut dek Kesombongan
Kadangkala aku hanyut dek Keangkuhan


Namun
Itu semua mampu diubah
Di kala nasihat mu menjadi halwa telinga
Di kala teguran mu menjadi pelembut jiwa

Kerana itu
Aku sangat memerlukan SAHABAT seperti mu,
Untuk memimpinku sehingga ke pintu Syurga


~sekadar renungan~

"My Heart" Keep it Carefully

Didiklah HATI menjadi SEPUTIH AWAN
Peliharalah dengan sebaiknya
Biarlah ia ditiup dek angin bibit-bibit cinta Yang Esa
Supaya berarak kejalan yang benar

Jika HATI bertukar MENDUNG
Tatkala dikotori debu kesesatan
Serikan ia kembali dengan rintihan
Rintihan memohon petunjuk dari Ar-Rahman

Didiklah HATI menjadi SEJERNIH PERMATA
Sehingga nampaknya dasar Keimanan
Sehingga nampak berenangnya Ketaqwaan
Deruan arusnya pasti menggamit Ketenangan

Jika HATI bertukar KERUH
Tatkala dicemari sampah Kemaksiatan
Segeralah buang segala kekotoran
Sucikan ia dengan Faal Iman

Didiklah HATI menjadi SEINDAH PURNAMA
Menerangi jiwa yang gelita
Supaya mampu memancarkan cahaya
Cahaya akhlak yang bitara

Jika HATI bertukar SURAM
Tidak diterangi cahaya kebahagiaan
Cubalah terbitkan bintang senyuman
Pasti terbitnya suria kegembiraan

Hati
Secebis daging dalam diri manusia

Pabila ia bersih
Iman pasti terjaga
Taqwa pasti terpelihara
Akhlak terserlah bitara
Peribadi tampak mulia

Pabila ia kotor
Iman kian tohor
Taqwa kianluntur
Akhlak makin kendur
Ummah terus mundur

Jadi
Pilihan ditangan anda

Jika mahukan hati yang bersih
Didiklah dengan Keimanan
Jika mahukan hati yang kotor
Didiklah dengan Kekufuran

~sekadar renungan~

Wednesday, 14 March 2012

Anugerah Kepada Khalifah

Akal..
Satu anugerah kepada manusia...
Sebagai Khalifah di Bumi-Nya...

Akal..
Gunanya untuk jalan kebaikan..
Mencari keredhaan Tuhan..

Akal..
Kerananya kita mampu mengharungi..
Setiap ujian yang diberi..

Akal..
Menjadikan kita makhluk istimewa..
Mampu mentadbir seluruh dunia..

Namun

Pabila akan mula lemah..
Diracuni nafsu serakah..

Segala kebahagiaan musnah..
Segala kedamaian punah..

Yang tinggal hanyalah kemaksiatan..
Yang tinggal hanyalah kekufuran..
Yang tinggal hanyalah kebinasaan...

Jadi..

Hiasilah Akal mu dengan PERMATA KEIMANAN
Simbahlah Akal mu dengan CAHAYA KEBIJAKSANAAN

Pasti terhalang virus KEJAHILAN..
Dari merosakkan AKAL fikiran..

~sekadar renungan~

Exam Di Dunia Hanya Seketika

Aku berlari mencari kejayaan
Kejayaan yang pasti dalam genggaman

Kini
Puncak kejayaan di hadapan ku
Aku daki dengan megah

Tiba-tiba
langkah ku ternoktah
Tergelincir dan jatuh ke bawah

Kini ku gagal
Gagal mencapai kejayaan

Adakah ini bala?
Adakah ini malapetaka?

Tidak sama sekali

Itulah Ujian
Dugaan dari Yang Esa kepada hamba-Nya

Datangnya tidak diduga
Perginya tidak dijangka

Pabila ia datang janganlah mencela
Pabila ia datang  janganlah berputus asa

Sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui
Mengutahui kekuatan manusia
Dalam mengharungi dugaan yang diberi

Ujian

Tatkala kau hadir memberikan makna
Makna Allah sayangkan kita
Maknanya kita tidak terlepas dari perhatian
Rabb Ar-Rahman

Ujian

Kau datang bukan untuk selamanya
Kau muncul hanya untuk seketika
Pabila ku capai tahap tertentu
Allah pasti permudahkan hidup ku

Ujian

Tatkala kau muncul
Tidak dapat ku hindari

Yang ku mampu
Cekalkan hati
Kuatkan diri

Hadapi mu dengan penuh Keimanan
Hadapi mu dengan penuh Ketaqwaan
Hadapi mu dengan penuh Kesabaran

~sekadar renungan~

Hero @ Heroin

Orang kata Hero tidak akan mati
Orang kata Heroin tidak akan pergi

Namun

Mati itulah yang dinanti
Mati itulah yang dicari

Bukan mati dijalan keji
Bahkan mati dijalan Ilahi

Syahid

Itulah yang dicari setiap Mujahid

Mukmin yang damba akan redha-Nya
Mereka sudi menerima ajal di medan peperangan
Tanpa hiraukan ganjaran dunia

Syahid

Itulah yang diingini para Mujahadah

Walau Muslimah itu tampak lemah
Untuk mengangkat senjata
Namun masih kuat mengangkat Agama

Bangkitlah wahai Mukminin 
Bangkitlah Mukminah 

Berjihad di landasan keimanan
Memelihara Ad-Din Tuhan

Syahid

Ganjarannya itu pasti
Ganjaran Syurga yang abadi
Ganjaran Jannah yang hakiki

~sekadar renungan~

Tentang "Dia"


Dia yang bertapak dihatiku

Dia yang menambat jiwaku
Dia yang bermain dimindaku

Di dunia fana ini
Sungguh ku bertuah mengenali insan sepertinya

Pabila Dia pergi
Aku tekad mencari
Pabila Dia datang
Aku setia menanti
Pabila Dia ketawa
Aku tumpang gembira
Pabila Dia pilu
Aku turut sayu

Terima kasih Ya Allah 
Hadirkan Dia dalam hidupku

Kerana Dia
Aku mengukir senyuman
Kerana Dia
Menjadi tempat luahkan perasaan

Terima kasih atas nasihat terdahulu
Sungguh membuat  hatiku terharu 

Dia
Sahabat yang setia
Menemani ku setiap masa,waktu dan ketika
Mengharungi badai lautan dunia
Menyokong diri menghadapi pancaroba

Sungguh aku berharap
Persahabatan yang terbina ini
Kekal selamanya
Atas landasan Ukhwah Fillah yang nyata

~renungkanlah~